RedONE menerima banyak aduan daripada pelanggan mengenai mobile content yang diterima dan telah dicaj terutama daripada pelanggan yang tidak melanggan (atau kena perdaya untuk melanggan). Untuk makluman anda, redONE tidak bekerjasama, menyediakan atau menandatangani mana-mana servis 3rd party content ini. Pelanggan boleh mendapat langganan ke servis tersebut kerana Pembekal Kandungan (Content Providers) ini disambungkan ke rangkaian Celcom. Oleh itu, secara automatiknya semua pelanggan redONE juga mempunyai akses.
Berkuatkuasa 16 Jun 2015 redONE akan menyekat semua servis 3rd party content yang tidak diluluskan. Pelanggan redONE hanya akan boleh menerima servis dan SMS peringatan yang berikut:
· 15454 (Servis TNB)
· 15888 (MyGov)
· 13999 (Tabung Kemanusiaan SKMM)
· 32999 (Pembelian movie Astro)
· 6XXXX (Termasuk TAC bank, pemberitahuan, peringatan dll)
· 23388 (redONE)
Jika mana-mana pelanggan yang merasakan terdapat servis yang tidak patut disekat (senarai putih), sila hantarkan cadangan tersebut melalui emel ke careline@redone.com.my dan sertakan sekali nombor kod pendek SMS yang berkaitan di dalam emel anda.