Menu

Home Cara Daftar Cara Bayar Bil Insentif Rekemen Contact Us

redONE Penyedia Terbaik MVNO 2016

KUALA LUMPUR: Red ONE Network Sdn Bhd (redONE) dinobatkan sebagai Penyedia Perkhidmatan Pengendali Rangkaian Maya Mudah Alih (MVNO) Tahunan Terbaik bagi Anugerah Kecemerlangan Frost & Sullivan Malaysia, tahun ini.

Anugerah berkenaan adalah tahun untuk ketiga-tiga berturut diterima oleh pengendali MVNO pascabayar pertama di Malaysia itu. Penganalisis Kanan Industri Frost & Sullivan Asia Pasifik, Avinash Sachdeva, berkata redONE berjaya mencapai pertumbuhan pelanggan dan pendapatan kukuh, meskipun bersaing di sektor perkhidmatan mudah alih yang mempunyai kadar penembusan pasaran yang tinggi. Katanya, dengan memaksimumkan penggunaan saluran pemasaran dan pengedaran yang lebar serta berkesan, syarikat itu menguasai hampir dua peratus bahagian pasaran pelanggan.

"Model langganan pasca bayar redONE yang menyasarkan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Cina serta golongan dewasa yang bekerja secara strategik bukan sahaja mencatatkan kadar penamatan perkhidmatan paling rendah, malah ia juga merekodkan purata hasil setiap pengguna (ARPU) paling tinggi dalam kalangan pesaing," kata syarikat itu menerusi kenyataan, hari ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif redONE, Ameen Amaendran Abdullah berkata, syarikat itu mempunyai lebih daripada 300 pekerja, 5,000 ejen dan 800,000 pelanggan. "Keyakinan dan kesetiaan mereka adalah aset tidak ternilai dan menjadi dorongan bagi kami untuk terus berjuang. redONE akan terus melangkah dengan gigih dan menyasar untuk mencapai satu juta pengguna dalam tahun ini," katanya.

Anugerah Kecemerlangan Frost & Sullivan diadakan bagi mengiktiraf syarikat yang menunjukkan pencapaian luar biasa dan prestasi unggul dalam bidang seperti kepimpinan, inovasi teknologi, perkhidmatan pelanggan dan strategi pembangunan produk. Pasukan analisis memilih syarikat yang menerajui sektor masing-masing selepas mengadakan tinjauan rapi ke atas semua syarikat yang bersaing dan penilaian dibuat melalui kaedah temu buat mendalam, analisis dan penyelidikan sekunder.

 redONE menunjukkan pertumbuhan dan prestasi yang kekal unggul pada Anugerah Kecemerlangan Frost & Sullivan Malaysia 2016 yang berlangsung di Kuala Lumpur, minggu lalu. Lebih 18 MVNO bersaing dalam pasaran mudah alih di Malaysia dan pemilihan redONE sebagai Penyedia Perkhidmatan MVNO Tahunan adalah berdasarkan jumlah pelanggan dan pertumbuhan hasil, perkongsian pasaran, ARPU serta strategi pemasaran dan salurannya. Syarikat itu menunjukkan prestasi membanggakan dan berkembang sejak penjenamaan semula korporatnya pada tahun 2013.








Service Charges

1. Tranfer Ownership RM50
2. Change parent account RM10
3. Downgrade plan RM50
4. Saparate bill RM10

Charge ini akan ditolak terus dari ewallet, tak perlu MTX